Cloth Diaper@CD

Apa itu Cloth Diaper@CD? (Kain Lampin Moden)

“Cloth Diaper adalah sejenis Lampin Kain Moden yang membolehkan anda gunakan sebagai pengganti Lampin Pakai Buang. Ianya lebih murah dan jimat berbanding Lampin Pakai Buang, ini kerana penggunaannya boleh digunakan sehingga anak anda berumur (><3 tahun). Ianya perlu dicuci dan boleh digunakan semula oleh anak² kita, ini lebih selamat untuk si comel. Lampin Kain Moden ini mempunyai saiz yang berbeza dan boleh diubahsuai dari saiz S, M, L, XL mengikut berat dan saiz badan anak kita. Pada lapisan luar Cloth Diaper mempunyai Lapisan Tahan Bocor, ianya boleh bertahan mengikut jam tertentu atau kadar basahan bayi anda. Pada lapisan dalam pula mempunyai fabrik yang mudah menyerap kebasahan dan kulit anak anda akan sentiasa kering, penyerapan ini diserap oleh insert (cth:sejenis Bamboo dan Microfiber). Insert Bamboo menerima serapan yang lebih banyak berbanding insert microfiber”.

Ya, saya memang setuju, Cloth Diapers zaman sekarang bukan lagi seperti kain lampin putih yang mak dan ayah kita pakaikan pada kita dengan pin besar dan lapisan plastic waterproof tu…! Oh, tidak… Kalau macam tu, memanglah menyusahkan dan lebih baik pakai lampin pakai buang (disposable diapers) bukan?
Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam subjek CD mcm sy ni, memanglah pening kepala dan rasa macam susah je nak faham. Banyak sangat bahasa teknikal, jenama, cara-cara pemakaian, isu harga dan lain-lain lagi. Tetapi jika anda ada usaha dan inisiatif untuk mempelajari lebih tentang CD ni, ia adalah suatu produk yang sungguh hebat untuk digunakan untuk anak² kita! Jangan bimbang, Insyaallah dengan sedikit inisiatif masing², anda boleh bt survey psl CD ni di internet, cari dekat youtube pn ader. Melambak..

Bawah ni asas² yg perlu anda tahu klu nk start ber “CD” ni..
  1. Kenapa Perlu Ber-Cloth Diaper?
  2. Asas-asas Cloth Diapers
  3. Cara nak pakai (pemakaian), penggunaan & penjagaan
  4. Di mana nak beli (Blogshop/kedai apa yang menjual Cloth Diapers)
  5. Review Cloth Diapers
  6. Pertandingan/Giveaway menarik untuk memenangi Cloth Diapers
  7. Promosi & Jualan Murah 
Ade jugak kdi² yg jual CD ni tp x byk contohnye Blue Dot Baby, Fabulous Mom dan Tiny Tapir tp klu dlm blog mmg byk. Search jer nnt k..


Contoh² CD yg ader di pasaran, bervariasi & mmg cantik:




















Gambar adalah ehsan dr Mr. Google
 

Copyright © 2010 • .: S i r a p B a n d u n g :. • Design by Dzignine, Blogger Blog Templates