KISAH ANAK MALAYSIA PERTAMA MENANG ‘GAME SHOW’ RM1 JUTA!


Bermula dengan kedai basikal ketika berusia 23 tahun, Ahmad Samerin Dzulkifli tiba-tiba bergelar jutawan apabila memenangi “Kuiz More Jutaria” di RTM.
Dengan hadiah RM1 juta, lelaki dari Jengka Pahang itu tenggelam daripada tumpuan masyarakat dengan alasan “menyembunyikan diri” demi keselamatan diri dan keluarga.
“Memang ramai hendak tahu [kisah] saya tetapi sengaja saya tidak mahu keluarkan balik cerita kemenangan dahulu atas pelbagai sebab.
“Sekarang ini orang pun dah tak tahu (lupa). Saya pergi mana pun bebas dan ini semua demi keselamatan keluarga,” kata Ahmad Samerin Dzulkifli, 48.

Bagi yang masih ingat, lelaki dari Bandar Pusat Jengka, Pahang ini pernah menggemparkan negara 25 tahun lalu apabila menjadi jutawan sekelip mata selepas membawa pulang wang tunai RM1 juta menerusi Kuiz More Jutaria pada 8 September 1991.

Ketika memenangi soalan terakhir kuiz siaran langsung anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dia baru berusia 23 tahun.

Dia ketika dihubungi Harian Metro semalam mengakui sengaja "menyembunyikan" diri kerana tidak mahu lagi menonjol di khalayak di sebalik kisahnya yang pernah bergelar jutawan sebelum ini.

“Memang ramai hendak tahu (kisah) saya tetapi sengaja saya tidak mahu keluarkan balik cerita kemenangan dahulu atas pelbagai sebab. - Harian Metro


Sumber: Syahril A. Kadir

0 comments:

 

Copyright © 2010 • .: S i r a p B a n d u n g :. • Design by Dzignine, Blogger Blog Templates